Abah,
Along bangga dapat abah,
Tak kan ada siapa pun yang akan dapat ganti tempat abah,
Kitorang semua sayang abah,
Tanpa abah,
Kitorang tak kan berjaya macam sekarang,
Terima kasih atas segala pengorbanan abah,
Penat lelah abah,
Takkan mampu kitorang semua bayar balik.
Abah,
Abah bukan sahaja ayah yang terbaik untuk kitorang,
Abah jugaklah seorang suami yang sangat penyayang,
Susah nak jumpa lelaki yang tolong isteri basuh pinggan,basuh kain,lipat dan gosok baju,
Abah memang superb!
Along selalu bangga bila ada orang puji abah,
Ya,along akui abah memang hebat.
Kalau balik rumah,
Susah sangat nak jumpa abah duduk kat rumah.
Balik sekolah,terus capai buku pergi mengajar tuisyen,
Sampai malam pulak tu,
Balik2 je,nak kena tanda buku student,
Siapkan record book,
Macam2 lagi.
Itupun kadang2 kitorang merungut bila abah minta tolong,
Sori abah!sekarang bila dah jauh,
Baru along paham..
Semua yang abah buat tu pun untuk kitorang jugak..
Abah,
Minta maaf kalau selama ni abah terasa yang kitorang mcm sisihkan abah,
Seriously kitorang x pernah lupa yang abah lah sebenarnya tulang belakang keluarga kita,
Abah la mastermind nya,
Terima kasih sebab bertegas dengan kitorang adik beradik,
Sekarang dah tak berdendam dah,
Banyak hikmahnya kitorang kena marah semua tu,
Sekarang alhamdulillah kitorang dapat jadi manusia,
Doakan kitorang dapat jadi anak2 yang soleh dan solehah,
InsyaAllah kami takkan lupa jasa kalian.
Abah,
Along tahu,belakangan ni abah memang ambil berat,
Selalu pesan itu,pesan ini,
Along hargai semua nasihat abah tu,
Doakan lah apa yang terbaik untuk kitorang semua ok,
We love you so much,
Walaupun jarang nak ungkapkan,
Abah jangan salah anggap,
Kitorang sayang abah dengan mama sama je,
Takda berat sebelah mana2 pun,
Maaf lagi sekalai kalau abah ada kecik hati ya.
Hmmm..oklah abah..lastly, along tujukan video ni khas untuk abah..sanggup tau bergadang mata buat ni untuk abah..walaupun sebenarnya buta jugak bab2 komputer ni..haha..sori kalau x berapa best..tapi ikhlas dari hati..harap abah suka..Happy Birthday!!May Allah bless you abah.
p/s:hayati lirik lagu dia sekali ye. :)