just want to say thank you to all those yg terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam menjayakan bezday aku hari ni.hahaha.aku nak tulis kat sini so dat nnt klu aku kena amnesia boleh la aku igt balik benda2 yg best yg dah jadi dlm hidup aku.seriously hari ni aku enjoy gila! specially thank you for my dear housemate afiqah,sazura,rushda,zaf and mas!thank you tau korang!! dari bab hadiah,kek and blanje makan tadik.terharu wei..walau masing2 tengah pokai dah ujung2 bulan ni..ahaha..
Okay...terima kasih jugak aku ucapkan kepada keluarga dan sahabat handai yang dah wish aku x kira la dari sms,fb maupun twitter..aku hargai ucapan tu :D..walaupun ucapan je dah mmpu buat aku gembira kot!thanks ye..aku xtau sapa yg first...tp yg pasti mmg Hotlink ah yg menang.hahaha..tapi ucapan yang paling buat aku terharu adalah from my parents..kejap lagi aku kongsi..jemput baca ok..Mama,Abah, terima kasih!
From: Abah
MEMORI 23 JUN 1992'
Petang tu abah pulang dari sekolah macam biasa. kebetulan petang itu mama bawa durian kegemaran cahaya mata sulungku yang telah genap sembilan bulan berada dalam perut isteriku dan ibu kepada mu. Namun menjelang maghrib isteriku berasa ada sesuatu yang tak kena dalam perutnya. Abah bertambah gelisah bila air ketuban telah along pecahkan dalam perut mama. Bertambah bimbang dah kecoh kerana pada masa itu kami suami isteri tak mampu memiliki kereta. Pada mulanya nak naik motor yamaha AAR tapi takut pula along keluar atas motor. Akhirnya cikgu Zainudin Ahmad dapat dihubungi dia bersetuju nak hantar mama ke HKL. Sebelum pergi suasana sedih dan sayu bila mama minta maaf dan ampun daripada abah. dan dalam perjalanan hanya Tuhan yang tahu perasaan takut... sedih dan berdebar-debar. Sampai di HKL masuk dan doktor buat pemeriksaan. Kata doktor lambat lagi baru 4 sm terbuka' Mama masuk wad abah hantar sekali. Lepas tu balik kerumah dengan cikgu din untuk ambil motor dan beberapa barang yang tertinggal. Lepas tu lebih kurang pukul 11 pergi balik ke Hkl. Tiba di sana, abah dihalang masuk kerana masa lawatan dah habis. Abah tanya Guard adakah kamu dah berkahwin atau belum, dia jawab belum. Jadi abah cakap dengan dia kalau belum dia tak tahu apa-apa jadi abah kata kalau apa-apa berlaku pada isteri saya adakah awak nak tanggung? Abah terus naik keatas jumpa mama. Lepas tu kena duduk kat luar tunggu saja. Setiap kali pintu wad terbuka abah bangun tengok siapa keluar. Pukul 11.00 malam tu mama di hantar ke bilik bersalin. Abah sempat berjumpa kejap dengan mama. Sedih dah sayu dan bimbang sekali. Pukul 12.05 cahaya mata sulungku pun lahir kedunia sebagai penyeri hidup abah dan mama. kali pertama lihat muka along rasa gembira sebab mama dan along dah selamat. kini along dah dewasa dan umurmu dah 21 tahun tapi along tetap jadi tanggungjawab abah dan mama. sekian. SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN YANG KE-21...INGAT...IANYA BUKAN BEERTI KEBEBASAN MUTLAK TELAH DIMILIKI DALAM MELAKUKAN APA JUA DI DUNIA INI...From: Mama
12.05 pagi 23 Jun 21 tahun yang lalu pada detik n saat ini mma sedang menanggung kesakitan yang amat sgt di saat dirimu ingin dilahirkn ke dunia ini...Namun semuanya mama relakn demi melihat cahayamata tercinta ...berada di depan mata. Kini dalam sekelip mata ianya 21 tahun telah berlalu....semoga kedewasaan semakin mengajar dirimu lebih bijak menangani kehidupan ini....Sambutlah ucapan SELAMAT HARI LAHIR DRPD MAMA SERTA KELUARGA TERCINTA...hadiah tunggu balik nanti ye....blanje mkn roti canai Dollah...hihihi...Terharu tak baca?!seriously it makes me cry..terima kasih lagi skali mama and abah!i love both of you..!
Okay,next is for the present.housemates kasi sepasang kasut brand Elizabeth!cantik wei!cantik gila..pandai depa pilih..thank you korang! and Mas kasik hadiah personal cawan Superman + coklat Toblerone ngan Cadbury besar punya!!terima kasih jugak ye mas..and for the handmade card!kreatif woih!thanks3x! and tadi satu umah pegi MARI and makan kat My Kopi-O!surprisingly ada kek Breadtalk!sumpah sedap gila and kenyang gila!!nak pecah perut den. oh,lupa nak kasitau..kitorang sambut bezday Masdalina skali yg will be on 28th..sbb kitorang dah balik masa tu,sambut skali lah..happening wei...then masa tggu Zohor tadi ada mesej orang top-up kan 25k..i knew it from my ketua as usual..thank you wei!
So,ni lah antaranya sedikit sebanyak benda yg berlaku hari ni.n here are some pics utk tatapan semua :)
Choco Rain-Breadtalk! |
My dear housemates-Bung's! |
Presents! |
Lastly,thank you lagi sekali. Doakan aku menjadi anak yang solehah and berguna kepada agama,bangsa dan negara,dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah..
No comments :
Post a Comment