MAKASSAR,16 Okt 2011-Buat pertama kalinya sejak aku menjejakkan kaki ke bumi Makassar ini,akhirnya hujan telah turun dengan lebatnya kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi..Semua penghuni RUSUNAWA kelihatan sungguh gumbira dan heksited kerana sejak dua bulan setengah yang lalu..tidak pernah sekali pun ada fenomena hujan lebat seperti ini..Kalau ada pun cuma gerimis yang sangaat halus..
Justeru,diharap agar penghuni rusunawa tidak terlalu seronok hingga mengambil keputusan untuk mandi hujan beramai-ramai di bawah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti demam.Walau bagaimanapun,anda semua dinasihatkan untuk bersiap siaga membeli alat kelengkapan seperti payung dan baju hujan yang telah "diarahkan" untuk persediaan masing2 dalam perjalanan pergi dan pulang dari kuliah.
Apa yang menambah lagi keterujaan kami di sini ialah..bau hujan yang ala-ala bau zink turut mengiringi hujan lebat di sini sehingga membuatkan tahap adrenalin dalam diri setiap pelajar di sini meningkat dengan mendadak..Tidak dilupakan juga hormon Melatonin dijangkakan akan meningkat!!Hati-hati bagi yang telah memasang niat unuk belajar..Dikhuatiri akan dapat menjejaskan rancangan anda...hahaha..
Apapun,,hajat untuk melihat bumi makassar ini bermandi hujan telah tercapai.aTiada lagi kes kempunan hujan dilaporkan selepas ini.terima kasih.. -BERNAMA
No comments :
Post a Comment