Friday, July 13, 2012

Kisah Sayu Menjelang Ramadhan

Too many things happen sejak pindah rumah ni...and the klimaks terjadi semalam..bila diri ini first time terlibat dengan polisi..yeah..susah nak cerita..panjang sangat..yang aku tau kitorang ni golongan yang teraniaya..masih x tahu apa nasib kitorang isnin nanti..

sejak tau rumah ni bukan rumah peguam tu,kitorang ralat gila..Rp. 53 juta dah lesap kat dia..Alhamdulillah,beberapa hari kemudian,anak tuan rumah yang sebenar tampil..datang rumah..tanya apa yang dah jadi sebenarnya..then dia pun mula bukak pekung pasal penipuan si peguam tu..bla2..then dia call peguam tu konon2 nak tengok rumah kitorang ni,dia x datang..mungkin takut..

semalam,4-5 orang polis datang rumah..Pak Takdir,sepupu kepada anak tuan rumah sebenar tu,,sampai rumah,terus call banyak orang tanya posisi kat mana,bla3..suro datang kat umah kitorang,,suro anak buah dia amek pistol kat umah..seriously..kitorang takut gila masa tu..then dia soal siasat kitorang..n paksa kitorang buat sampai peguam tu datang umah..kitorang semua buntu..macam mana?

at last..aku amek risiko menipu peguam tu..call n bgtau dia yang kitorang nak langsaikan sewa rumah yang masih berbaki Rp 17 juta tu kat dia hari tu jugak..aku cakap la esok dah nak Malaysia dah..takut x sempat bayar..nanti langgar kontrak..bla3..padahal kitorang memang sejuta un xde masa tu..dia kata sebentar dia dtg..dah sejam lebey tggu,,dia x dtg..last2,aku msj..dia kata mgkin dia dtg mlm or esok..aku bgtau polis tu..then dia kata,ok..kalau peguam tu dtg,bgtau dia..macam2 la sebelum tu..bagi dia tengok video yang kitorang rakam sepanjang buat kontrak ngn pembayaran kat peguam tu..gambar..hebat polis ni..suro bluetooth je..haha..dia balik,kitorang un lega sekejap..rasa macam peguam haprak tu xkan datang punya..

dalam pukul 6.10 ptg smlm,aku kluar je bilik air,dorang ketuk2 pintu bilik aku..bgtau peguam tu dah duduk kat ruang tamu..ada yang lupa kunci pagar..terbaiklah..aku macam blur kejap..xbole pk..then dorang suro aku call polis,baru aku bergerak..call banyak2 kali,x dapat..haru betul..telefon Kak Indah,anak tuan rumah dia kata suro lengahkan peguam tu..cakap macam senang je..pastu aku call polis tu balik,,dia kata baru nak semayang..nanti dia dtg..

aku suro dorang cakap kt peguam  tu yang kitorang nak semayang maghrib dulu..nak lengahkan masa sikit..aku tengah tahiyat awal,fon bunyik..nak xnak angkat jugak lah..rupa2 nya,peguam tu..korg tau dia cakap apa kat aku?? "uangnya mana?"..shit betol..aku cakap aku nak solat dulu..aku mula balik dari awal..masa semayang tu,,sumpah menggeletar satu badan..takut..kitorang dah tipu dia..polis tu xde..apa nak buat..peguam tu dah desak2 tanya duit..satu sen pun xde sebenarnya..then buat lagi cerita baru,aku cakap sebenarnya duit tu ada kat Hafiz,kawan kitorang..aku cakap Hafiz pegi ATM keluarkan duit lagi 5 juta x cukup..dia desak lagi..dia kata dia ada banyak urusan lain..marah2 jugak la..aku cakap sebentar saja pak..aku call polis tu,x angkat2 lagi..Allah je tau perasaan masa tu..

dah nak pukul 7 macam tu,dia tanya Hafiz lama lagi ke??dia nak solat dulu..terbaek lah masa tu..baru dapat tarik napas sikit..polis tu still x sampai2..kitorang dah lengahkan bagi bihun goreng ngan milo ais pun x jalan jugak..dia balik dari surau,polis x sampai..aku cakap Hafiz lagi d jalan pak..sebentar dia sampai..aku masuk bilik,,call polis,dia kata baru nak start moto..OMG..aku x tau nak buat apa lagi..nak hadap peguam tu..peguam call aku lagi..aku cakap kejap pak..aku tau dia dah x senang duduk..aku keep intai dari tingkap bilik aku..x lama tu,aku nampak motor park depan umah aku..aku syukur gila masa tu..then aku klua umah,peguam tu tanya..nak pegi mana?aku cakap hafiz da nak sampai..sebelum tu,kwn2 lain g amek gambar n no. plat kereta peguam tu..

Aku geram pulak polis tu x masuk2..dari tadi asyik main fon...aku ajak dia masuk...peguam dah tunggu kat kerusi luar rumah..dia ingat polis tu macam saksi untuk kitorang buat pembayaran..polis masuk umah..peguam tu masuk,tanya kat polis,,mana Hafiz x sampai2 lagi..aku cakap kat polis tu Hafiz tengah keluarkan duit..Then polis tu tanya kat peguam..kenapa ko mau uang??untuk apa??ini rumahmu ka??kau pemilik rumahnya??n bermulalah sesi brain washing..sumpah garang gila polis tu..kat sini,aku malas nak cerita..yang aku tau,,peguam tu jadi macam tikus..tapi dalam masa yang sama,banyak betul ayat dia yang menyakitkan hati kitorang..semua tu dusta belaka!!

tengah2 conversation tu..peguam tu tanya..so how..nak batalkan kontrak ke x??kalau xnak,,dia akan bertanggungjawab..kitorang discuss..polis tu anta msj kat aku..suro peguam tu pulangkan duit..then,,kitorang mintak pulangkan semua duit tu n kitorang nak berurusan sendiri ngan pemilik asal rumah..polis tu bagi tempoh 3x24 jam untuk pulangkan duit n hantar balik semua perabut2 dan alat electronic tuan rumah..dia bawak lari sebab kat umah dia xde semua tu..tapi akibatnya,,peguam tu buat deal..lepas je dia bayar duit kitorang,kitorang kena blah dari rumah ni sebab dia still ada hak duduk sini sampai Oktober..

macam2 lagi...yang aku risaukan sekarang..apa lah nasib kitorang nanti??polis tu suruh tanya sendiri ngan tuan rumah bila dorang balik dari korea nanti..baik ke dia..bole ke dia terima kitorang..kalau dia xnak bagi kitorang sewa,terpaksa angkat kaki..nak pindah mana??Ya Allah..kau berikanah keputusan yang terbaik!doakan kitorang..




3 comments :

  1. sabaq nahhh..yg berlaku mesti ade hikmah..Allah akan tolong korangg..banyak doa moga Allah lembutkan hati tuan rumah..bg korg dok situ..kalau tak leh jugak..dtg je rumah akk..besaqqq ni ;)

    ReplyDelete
  2. Allahu akbar.. sabar byk3333 ehh.. buat solat hajat, mnta tolong Allah.. inshaAllah org teraniaya sgt makbul doanya.. moga dipermudahkan:)

    ReplyDelete
  3. Dah macam drama indon dah weyh. Sabar la ye, insyaAllah semua okay. Kami doakan dari sini, jangan risau.

    ReplyDelete